Wednesday, December 7, 2011

Buat Insan Yang Bersatu


Jika kau merasakan aku melupakan mu,...
Ingatlah bagaimana aku melafazkan rasa rinduku,...
Jika kau merasakan aku tidak setia,...
Ingatlah akan kejujuran ku menerimamu sedanya,...

Bukan mudah kuterima cinta yang lain... 
Kerana ianya hanya untukmu,...
Bukan mudah untukku menghadirkan rasa sayang,...
Kerana ia juga untukmu,..

Hadirnya ia kerana rasa cinta tuhan mengurniakan belas kasihan,..
Mengasihani aku demi secebis kasih sayang,.

Maka jangan lupa maha pencipta,...
Yang mewujudkan kasih diantara kita,...
Yang menemukan cebisan hati yg dicari,...

Sayang,...
Hargailah diri ini,...
Kerana aku ini adalah milik tuhan yg diciptakan untukmu...
Kerana hati ini juga milik tuhan yang dipinjamkan buatku,...
Andai kekecewaan menyusuli darimu,...
Maka akan ku tetapkan hanya untuk Tuhanku yang satu....

Sayang,...
Syukurlah kau pada tuhan untuk hati yang kau miliki kini,....
Syukurlah kau pada tuhan untuk cinta yang kau rasai ini,...
Kerana ia bukan dariku sendiri,...
Ianya adalah dari Tuhanmu yang hakiki...

Untuk rasa yang telah tuhan ciptakan,...
Akan ku warnai dengan kasih sayang mu,..
Aku akui...aku sungguh menyayangimu...
Tetapi,..ia demi tuhan..
Yang menciptakan aku untukmu,...sayang awak,...

BUAT INSAN YANG BERSATU...

No comments:

Post a Comment