Monday, August 20, 2012

SELAMAT IDUL FITRI

Cantik bahasa hiasan kata,
indah lagi hati meluah rasa..
hamba Allah telus jiwa,
kita ini siapalah adanya...

Seerat jari nan tersusun,
Seikhlas hati nan terlukis,
Kumohon maaf segala ampun,
Dosa nan sudah jangan di tangis..

Tersusun bait helaian kata,
Tiada sedaran hati terluka,
Ku mohon maaf segala dosa,
Andai terlafaz terkasar bahasa..

Selamat dirasai,
kenangkan yang tiada yang menyelusuri,
Indah akan suasana ditawai,
Kenangkan akan tangisi mengisi ruang
penderitaan yang menguasai..
Dalam riang melonjak merai..
Masih ada meraih segala bagai simpati...
Kirimkan doa buat mereka disana yang menangisi,
Moga amanan menyertai mewarnai...
(Buat saudara kita yg menderita di syria,rohingya,palestin..)

SALAM LEBARAN SYAWAL,..
TAQABALLAHU MINA WA MINKUM

-Nur Fahimah Chan


TIPU BUKAN MENIPU

Menipu orang lain mudah namun bukan mudah menipu diri..
menipu orang lain menyata rasa gembira,
Namun hati ini berada disebalik birai tangis,..
Merasa yakin diatas kehilangan,
namun tidak mampu ku buangkan kenangan

Merasa kagum diatas kenikmatan
namun terasa perih diatas kegagalan
kadang kegagalan itu adalah permulaan kejayaan
namun untuk mengharunginya penuh dengan penyiksaan

Buang jauh sebolehnya kenangan
walau tercalit tinggalan cebisan
kehidupan harus diteruskan

Seorang diri bukan tanpa tuhan yang menjadi temanan
tidak akan terus menipu diri
andai aku menangis didepanmu
pinjamkan kudrat semangatmu agar mampu aku menongkatnya untuk menggagahi berdiri
terima kasih untuk kebaikanmu wahai sahabat..terima kasih..

Wednesday, August 8, 2012

AKU MEMANG TAHU


Aku tahu...
aku memang tahu..
dah lama aku tahu yang kau tahu..
kau memang tahu kan?
Setahu aku kau tahu tahap mana kau patut tahu..
Kau tahu tak yang aku x tahu menahu apa yang kau tahu?
Sebab setahu aku kau hanya x ketahuan je..Kau tahu x aku x tahu menahu yang kau kaki suka ambil tahu?
Tahu-tahu aku pun terlibat jadi tahu juga apa yang kau selalu sangat suka ambil tahu..
dan aku tahu dalam banyak perkara yang kau tahu,kau hanya tahu menipu..
kerana kau memang kaki penipu..hehehe ^_^
(sekadar gurauan)

SAYANGNYA PADA ALLAH


Sayang sungguh aku pada Allah...
Kerana Allah sayang pada aku juga..
Sayang Allah sayang aku..
Sayang Allah menetap keabadian betapa sayangkan Allah suatu kekalan..
Allah sayang kita kan?
Kita juga sayang Allah...
Bagaimana menunjuk sayang kepada Allah?
Allah sayang kita dalam pelbagai petunjuk..
Sayang Allah selalu dan selalulah sayang Allah...
Sayang Allah tanpa jemu dan tiadakan jemu sayang Allah..
Sayang Allah kah kamu? 
Sayang Allah hingga ke akhir waktu dan waktu berakhir bersama kasih sayang Allah..
Sayang Allah sungguh dalam dan dalam sungguh sayang Allahku padaku..
Sayang Allah hingga hujung usia dan usia diakhiri bersama Sayang Allah..
^_^

MASA

Masa..





Masa ini adalah masa..

masa yang sama tercipta disetiap detik masa..

masa bukan masalah...

masa juga bukan masakan...

masa itu waktu kepada kata masa..

masa itu emas namun tidak melemaskan..

masa ruang bersama bukan ruang tiada masa..

masa segala sudut tidak sama penjuru masa..

masa adalah segala detik juga tiadalah detik tanpa masa...

masa itu lingkungan ruang ciptaan waktu dan detik menyentuh
sesuatu didalam kata waktu iaitu masa..

dalam menghitung masa berbuka apakah kepala rusak kerna usia dengan
hanya mengira masa tak tentu hala..

masa menanti puasa ya masa juga menanti berbuka..

aduhai masa...

menghitung detik masa aku jadi mangsa..

mangsa kepada masa yang tidak tentu hala..

demi masa,sungguh adalah lebih baik aku bersiap sedia..

untuk aku bersama2nya...^_^