Sunday, November 11, 2012

KATA HATI


Kata-kata indah adalah bunga2 mekar yang lahir dari hati yang sabar,
Hati yang segar adalah ruang  kepada jiwa nan mekar,
Jiwa yang mekar adalah lembaran kepada rasa nan tegar..

keterasaan tegar itu adalah hamparan kepada kecintaan yang dalam buat maha Pencipta..
Sungguh tiada kesempatan kan dicemari noda kegelapan..
kemungkinan memustahil akan terpaan biar walau di pinggir bibir nan basah bersama alunan kata2 indah itu..

Kata-kata indah itu...
berbentukkan rupa ketenangan..
menetap dakap hebat di hati,..
sungguh ia terkesan..^_^

Monday, August 20, 2012

SELAMAT IDUL FITRI

Cantik bahasa hiasan kata,
indah lagi hati meluah rasa..
hamba Allah telus jiwa,
kita ini siapalah adanya...

Seerat jari nan tersusun,
Seikhlas hati nan terlukis,
Kumohon maaf segala ampun,
Dosa nan sudah jangan di tangis..

Tersusun bait helaian kata,
Tiada sedaran hati terluka,
Ku mohon maaf segala dosa,
Andai terlafaz terkasar bahasa..

Selamat dirasai,
kenangkan yang tiada yang menyelusuri,
Indah akan suasana ditawai,
Kenangkan akan tangisi mengisi ruang
penderitaan yang menguasai..
Dalam riang melonjak merai..
Masih ada meraih segala bagai simpati...
Kirimkan doa buat mereka disana yang menangisi,
Moga amanan menyertai mewarnai...
(Buat saudara kita yg menderita di syria,rohingya,palestin..)

SALAM LEBARAN SYAWAL,..
TAQABALLAHU MINA WA MINKUM

-Nur Fahimah Chan


TIPU BUKAN MENIPU

Menipu orang lain mudah namun bukan mudah menipu diri..
menipu orang lain menyata rasa gembira,
Namun hati ini berada disebalik birai tangis,..
Merasa yakin diatas kehilangan,
namun tidak mampu ku buangkan kenangan

Merasa kagum diatas kenikmatan
namun terasa perih diatas kegagalan
kadang kegagalan itu adalah permulaan kejayaan
namun untuk mengharunginya penuh dengan penyiksaan

Buang jauh sebolehnya kenangan
walau tercalit tinggalan cebisan
kehidupan harus diteruskan

Seorang diri bukan tanpa tuhan yang menjadi temanan
tidak akan terus menipu diri
andai aku menangis didepanmu
pinjamkan kudrat semangatmu agar mampu aku menongkatnya untuk menggagahi berdiri
terima kasih untuk kebaikanmu wahai sahabat..terima kasih..

Wednesday, August 8, 2012

AKU MEMANG TAHU


Aku tahu...
aku memang tahu..
dah lama aku tahu yang kau tahu..
kau memang tahu kan?
Setahu aku kau tahu tahap mana kau patut tahu..
Kau tahu tak yang aku x tahu menahu apa yang kau tahu?
Sebab setahu aku kau hanya x ketahuan je..Kau tahu x aku x tahu menahu yang kau kaki suka ambil tahu?
Tahu-tahu aku pun terlibat jadi tahu juga apa yang kau selalu sangat suka ambil tahu..
dan aku tahu dalam banyak perkara yang kau tahu,kau hanya tahu menipu..
kerana kau memang kaki penipu..hehehe ^_^
(sekadar gurauan)

SAYANGNYA PADA ALLAH


Sayang sungguh aku pada Allah...
Kerana Allah sayang pada aku juga..
Sayang Allah sayang aku..
Sayang Allah menetap keabadian betapa sayangkan Allah suatu kekalan..
Allah sayang kita kan?
Kita juga sayang Allah...
Bagaimana menunjuk sayang kepada Allah?
Allah sayang kita dalam pelbagai petunjuk..
Sayang Allah selalu dan selalulah sayang Allah...
Sayang Allah tanpa jemu dan tiadakan jemu sayang Allah..
Sayang Allah kah kamu? 
Sayang Allah hingga ke akhir waktu dan waktu berakhir bersama kasih sayang Allah..
Sayang Allah sungguh dalam dan dalam sungguh sayang Allahku padaku..
Sayang Allah hingga hujung usia dan usia diakhiri bersama Sayang Allah..
^_^

MASA

Masa..





Masa ini adalah masa..

masa yang sama tercipta disetiap detik masa..

masa bukan masalah...

masa juga bukan masakan...

masa itu waktu kepada kata masa..

masa itu emas namun tidak melemaskan..

masa ruang bersama bukan ruang tiada masa..

masa segala sudut tidak sama penjuru masa..

masa adalah segala detik juga tiadalah detik tanpa masa...

masa itu lingkungan ruang ciptaan waktu dan detik menyentuh
sesuatu didalam kata waktu iaitu masa..

dalam menghitung masa berbuka apakah kepala rusak kerna usia dengan
hanya mengira masa tak tentu hala..

masa menanti puasa ya masa juga menanti berbuka..

aduhai masa...

menghitung detik masa aku jadi mangsa..

mangsa kepada masa yang tidak tentu hala..

demi masa,sungguh adalah lebih baik aku bersiap sedia..

untuk aku bersama2nya...^_^




Tuesday, May 1, 2012

INGINAN SEPI




Melihatmu aku menahankan panahan tajam mu,

Dalam menginjak rasa dari menerjah,aku berlari dalam penuh rasa daya tiada sudah..

Hentikan gerakmu tanpa mengoles inginan..

Sedang ketahuan hanya pandangan mengakhiri ekoran dihujung sudut nan kelihatan..

Disini,..

Jasad yang terhenti mengayun ayuhan langkah..

Perlahan memaling penuh lemah..

Sedang ombakan didada rasa masih bergetar..

Berdikir fikir jasad ini melepas helaan perlahan...

Apakah?..

Jiwa ini jua perasaan bersama palingan yang mengesot layu..

Fikiran hadirnya persoal akan terjahan pandangan itu..

Yang hilang kelihatannya dalam langkah yang disusun beribu..

Dalam lesu masih berdaya..

Masih lagi bersama sususunan suatu jawapan yang sama..

Tinggalkan episod duka pada rasanya..

Rasa yang hilang tiada harapan bersama..

Bagi pandangan dan rasanya,..

Tarah ku pada rasa cita untuknya..

Adalah jawapan juga kepastian..

Yang tiada harapan menyusuli..

Agar ia mengerti..

Tentang sekeping hati nan sepi..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 12, 2012

BONGKAH RASA

Pabila bongkah rasa cinta termusnah,..
Aku hilang percaya..
Aku dihampiri binasa,kau melemparkan nista..keranamu..
Hadiah dari hatimu nan tulus dalam kepuraan..
Namun..
Diatas rasa menghargai dirimu,..
Aku tertugu menjadi lilin..
Menyinari hidupmu bersama warna bahgiamu..
Walau tidak pun aku begitu..
Hingga aku terjatuh dalam cairan kesan..
Kasihan...
Sungguh kasihan..
Berharap ketulusanku yang tiadakan kembali..
Tidak mungkin..
Tetap berpendirian sepanjang menjadi lilinan sepi ..
Kau mahukan aku..
Ambillah jasadku dan tidak hatiku..
Kerna hatiku sudah tiada..
Fahamilah..
Ia sudah dimiliki illahi..
Diantara takdirku dan takdirmu,
Aku pasrah dalam redha..
Dan pasti aku juga mahu kau begitu...

Sunday, April 8, 2012

DEMI KASIH KIRIMAN ALLAH..


Kenalmu aku tiada biasa,

Namun kau menyentuh keterbiasaanku..

Telah ruang terdalam ini dikejut sapaan kunjungan rindu..

Rinduan tiada bertepi namun kepastian tetap menunjuk diri..

Wahai cinta ini..

Rupanya salam dalam ketakwaan kiriman illahi..

Meminggir kata lagu dalam sendu,..

Dalam sepi sebuah duka..

Kiriman memperlihat wajah rupa kekasih..

Kasih nan satu terakhir kali..

Inikah kasih menyinsing kegelapan nan berhias?..

Mengoles janjian yang termeterai di wajah duka..

Kiriman ini...

Kiriman bersama cahayanya pencipta semesta alam..

Ya Rabb,..

Kasihkan akan daku ini buat keterbukaan jiwa pada insani...

Tiada ketetapan kekecualian kemas..

Katakan kasih ini buatku di baris akhir sudut hidupku..

Cipta sinsing ruang untuknya..

Kasih yang ku cintai..

Menanti di pinggir kali..

Sudut nun jauhnya jelas dari illahi..

Ketampakan bimbingan ketakwaan..

Kasihku...

Kasihmu untukku yang dinyatakan..

Milik Allah menghiasi pandangan..

Inginan berbicara mahukan kamu wahai kasihku..

Bersama hati nan jiwa yang berombak..

Selingan payah tiada dugaan..

Tahulah hatimu itu...

Kasih ini menjadi milikmu..

Seadanya...

Demi kurnianya,..

Diatas namanya Allahu Akhbar,

Sungguh aku mencintaimu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 28, 2012

CAHAYA SURAM


Jangan menyentuh sinaran ini,
demi sebuah cahaya nan memukau..
harap kekalan dalam menerang hari nan kiam kusam,
bersama suram yang menyuram..
Kesamaran cahaya itu mengundang bait harap tanpa sempadan..


Lafaz lah tika masih ia memukau lena agar terus dibayangi malam,..
walau penantian tiada kunjungan siang,
kerna cahaya sirna yang tenggelam bersama kenangan tiadakan kembali lagi impian..
Tinggalan harapan penuh kelam di dinginan nan panjang..

wahai cahaya suram,..
peneman dikala kegelapan mengundang..
bayangan hati tiada pengisian.
tandanglah kekuatan itu kembali menyinar,
tanpa bayangan semalam nan suram,
teguhkan kekuatan sinarmu..
agar pancaran itu dipinjamkan,..
buat teman,kehidupan juga bayangan suram..

Thursday, March 15, 2012

AKU ADALAH AKU

Suratan dan takdir tertulis di setiap nukilan kata dalam mencoret kisah suka dan duka..
 Penceritaan dalam mencari kedamaian dan kebahagiaan dicelah timbunan harapan.. 
Rimbunan timbunan tersimpan hati dan jiwa nan sepi,berwajah kesepian di setiap lembaran kenangan..
Mengukir senyum dalam nawaitu yang berasa,menyerta keriangan mencetus sendu lagu mendayu..
Memperindah wajah dulunya kusam kini berseri-seri..
Meleret terusan dalam menyusur arus dunia maya,terlihatkan mata yang mengenali bersama sempadan kekaburan dalam menyembunyi diri..
Selesa begini tanpa menyerlahkan wajah juga peribadi..
Biar begini ketika permulaan tanpa pengakhiran yang belum bertentuan..
Ia punya nama..
Nama yang menghiasi keindahan empunya..
 Fahimah,..itulah ia.. 
Diri perahsia seiring usia bertemankan kesiangan menempuhi kehidupan mendewasakan naluri insan berterap harapan..
Melayar tulisan dan kata-kata pedoman pembuka ilham Dalam langkah berilmu..
Dalam sekali sekala coretan itu meleret episod keagamaan yang membuka matahati peribadi juga teman mengenali..
Penuh kedamaian perhatian dalam meluah kata dan rasa..
Memintal hati pandngan yang memandang mengundang menawan hati meghulur persahabatan..
Menggenggam hati temanan bersama sifat menusuk ceritera menggamit suasana...
Tawaan sepanjang persahabatan diri disapa emosi gembira..
Bijak menutur kata meninggal memori sukar dilupa..
Itulah aku menceritai warna warni kehidupan ini..
Kau dengarkanlah…

LUAHAN INI


Dimana terletak mata hatimu kala biasan angin sendu memaut pilu?
Dimana pandanganmu tika pautan tangan ini memaut lembut kasihmu?
Demi cebisan hati selembut sutera,..
Dimanakah rasa itu selalu menempat kekaguman?
Jangan lafaz keperitan yang luluh sudah..
Jangan bait kesengsaraan jatuh merebah..

Bagai dingin nan memanggil suram dalam..
Mengizin diri terus dalam kelam tanpa relaan..
Sementelah bias episod duka masih terus mengolah dusta..
Terusan diri ini masih dalam kapaian harapan nan gemerlapan..

Buat serakan warna ditabur dalam mimpimu..
izinkan serpihan hati ini meminjam pandangan..
menguntum senyum di kejauhan dalam serakan..
dalam kesayuan yang mengorak dendangan..

Ibaratkan hati ini menumpang ranjau kecintaan..
dalam harapan tiadakan pernah terukirkan..
Pinjamkanlah pelangi disulami kerlipan bintang..
Demi impi yang tiadakan pernah datang..

Dengarkanlah walau ia tiada..

Monday, March 12, 2012

CORETAN BUAT DIA


Coretan ini buat dia...
Ya si dia yang membawa warna hatinya pergi..
Meninggalkan diri ini sepi sendiri lagi..
bersama kenangan yang tiada indahnya..
Hei kau wahai si Dia,..
aku melayar rasa meluah kata..
mataku kini tertutup buat menenang jiwamu..
tanpa tagihan cita cinta buatmu lagi..
ia berakhir bersama pilu..
cukuplah sekadar hati ini mengaut rindu dalam bayangan sendu..


Kau yang bernama..

ku tetap bersama anggapanku dalam panggilan dia..
ya 'DIA' itu kunamakan buat kamu..
kerna ukiran namamu itu telah terpadam
buat selamanya dihatiku..

jangan pernah kembali lagi merintih kasih.
kerna hati ini tiadakan pernah berpaling..
kepadamu jua kehidupanmu..
ingin aku menjadi aku,
namun palitan luka nan berdarah ini masih menyisir pilu..

Dengarkan hati bila berkata..
Ya,..dengan mata hatimu itu..
Pergilah..
tinggalkan episod ini berlalu..
bersama dalaman yang pilu..
ia bukan untukmu,..kau juga tahu..
ku maafkan dirimu diatas kelukaanku..
Demi kebahagiaanku..
Juga kebahagiaanmu..

SEPI



Kekosongan menguasai coretan nan menderu..
Diantara harapan dan kehidupan..
Dalam episod melakar rentetan jiwa nan sepi melayar kata dalam rasa..
Nanti akan ruang memori tiadakan pernah menjiwai watak memori semalam..
Tiadakan pernah mencuba memahami tuk berlayar..
Bersama kepingan bingkisan suka dan duka..

Sepi ini,..
Masih terus bersaksi bulan nan terang disulami damai..
Terusan esakan iringi mengisi keheningan kelam..
Terus menghiasi jua masih nun ditakuk nan sama..
Mendayu terus mendayu sendiri tiada henti sebakan nan meracuni..
Terbiar sendiri dalam bening hening..

Sungguh sepi ini terlalu sepi..
Tinjauan intaian ini terus ditemani sunyi..
Tiada nampakan jauh disudut kesepian ini..
Akan ciptaan keriuhan menyeri kenangan..
Tanpa palitan harapan dimana terbina ia tiada kepastian..

Nantikan penuh daya masih di takuk lama nan  terusang..
Mengakhiri sepi dalam suram yang dalam..
Tiba hingga ia ditempatmu wahai sepi..
Tinggalkan sendiri bersama memori..


Monday, February 27, 2012

MALAM NAN KELAM

Bersama kelam nan kunjung bermalam,
Wajah mulai hilang tanpa bayangan,
sungguh kesepian ini bersendiri lagi..
Entahkan kembali akan suatu ketenangan,
berkisahkan kenangan-kenangan semalam,

Diantara pelangi indah nan sepi,
Dalam melakar kedamaian perasaan,
Hingga kini ia tiadakan kembali lagi,
Kerna ia untukmu wahai permainan sunyi..
Tak akan pernah hadir ciptaan terindah,
Yang mengerah warna warni indah..
 
Biarkan malam itu terus kelam,
Dalam malap yang sungguh panjang,
biarkan seri itu menyepi,
Dalam kesunyian yang terus membingungkan..

Katakan wahai deruan yang membelah sunyi,
kembalimu untuk menyeri menyulam suram,
Menyingkir desak tahanan dendam,
Agar terus dikunjung hentian panahan,
serlahan pelangi cahaya kehidupan....

Monday, February 13, 2012

LA TAHZAN

Tiada yang mampu merawat hati dan jiwa melainkan diri sendiri memohon petunjuk dariNYA..

'La Tahzan' ya ukhti...
Pengubat jiwa permulaan kata ketika mata mengoles pandangan.. Terusan itu menyebakkan dada menjentik tuk berbicara bahasa hati.. Sedang kelopak mata mula diiringi kejernihan titisan suci,
kesayuan makin menderu laju mengadu pilu..
Semakin kepiluan itu bermanja mengadu aduh,semakin arus terusan itu menzahir deras..

La...Tahzan ya ukhti...
Hati dipujuk penuh kasih nan sayu..
Kasih kewujudan yang tiadakan pernah memuncul memperlihat wajah..
Sembunyiannya rasa buat di pengakhiran usia disana..
Janjian kan ketemu itu suatu kepastian yang terjawab akan kewujudan keindahan duniawi tiada kekalan buat hati..

 La Tahzan ya ukhti,..La Tahzan...
Kerobekan petaka didalam satu aliran yang sama..
Tujuan yang tiadakan pernah lari dari terusan yang juga sama..
UJIAN itu,..
ia adalah ia wahai ukhti..
ia tetap jua keperitan juga kesengsaraan..
Namun ia adalah kasih sayang..
Tiada tolok banding insani di dunia ini..
Tiada bandingan kehebatan melebihi dari lafaz kalimah istimewa Buat Tuhan Yang satu Allah wa jalla.. Sukran pujukan 'La Tahzan' itu diturunkan..
istimewa buat jiwa yang memerlukan..
kesayuan rayuan termampat dalam kepadatan kasih..
Sungguh ia nikmat dan damai...
Masih mampu senyuman diukir diakhir dayuan..
itulah,..
La Tahzan ya ukhti...

Thursday, February 2, 2012

IKAN GORENG


Ia berbau harum.. 

berjasa seantero nikmat dunia rasa..


walau ia tidak senikmat daging panggang,..

kemanisan tetap menakhta aras..

atas khasiat upaya menampung belanja..

usai perkecil akan rupanya yang kurang indah..

kerna kemanisannya tetap utama perdaya menggoda rasa..

walau dibakar kegersangan..

walau dididih kelembapan...
takjub tetap masih menaruh kehebatan deria merasa...




Hebatkan itu?


temulangnya disisih dipinggiran pepinggan..

dicarik dalamannya penuh perhatian..
sentuhan...
perasaan...



Dikala lidahmu kelu dalam kemaman..

membuai indah sudut syurga rasa yang mengolah suasana...

itulah ia keberkatan nikmat indahnya...

pasti dihujungnya penuh perhentian mencalit puasan sendawa..

Itulah ia...



IKAN GORENG..

seenak sesedap selazat pandangan mengiur dengan jaya sentiasa..

masih punya takjuban..

walaupun ia hanya seekor..
IKAN GORENG...






Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 1, 2012

TABIR HATI



Hati nan kebas tiadakan ruang baginya tuk melebarkan jalan agar tidakkan tersentuh sebarang rasa cinta ...
Deria itu terlalu jauh tuk merasai dan dirasai..
Kepayahan hasrat tuk menikmat huluran cinta tiada keikhlasan..
Menolak pandangan mengorak laluan bersama tepian nan curam..
Angan kembali menetap harapan sedang kepayahan selalu mengundang melebar cita..

Tuntut akan jaya dalam keperihan nan sia-sia..
Masih hati itu bersama kekukuhan kedegilan..
Menyimpan jutaan emosi dalam lemas bersendat..

Rapikan ruang disudut bezaan laluan yang masih berserabut harapannya...
Masih ada utuh dipersimpangan..
Ledakkan rasa tanpa emosi..


Agar sentiasa kan terbuka ruang dibalik kekaburan..
Bersama serpihan harapan yang bertaburan..
Cekal kekal rasa membolak balikkan perasaan..
Kan menanti suatu nikmat dibalik tabir nurani..
Hati nan suci...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, January 31, 2012

SENDALOKA DARA DAN TERUNA



Hari ini dara sungguh gembira,


Mendapat panggilan dari sidia,



mengajak keluar bersama-sama,



berjalan-jalan ditaman bunga,



sambil bernyanyi berdandan suka,


Aduhai hati berbunga-bunga,



menari-nari sambil tertawa,



teringat hai sidia yang dipuja,



Sambil menanti duduk di tangga,


termangu berangan sementara sidia tiba,



senyuman dibibir tak lekang ketawa,



Menari juga dua kali lima,



terjoget-joget goyang bersama,



berjam-jam menanti sidia tak tiba,


hati tetiba resah gundah entah kenapa,



sebak mulai terasa didada,



Apakah sidia mulai lupa,



dalam gelisah serabutnya rupa,


Akhirnya tiba juga kelibat sidia,



kelihatannya seperti berdua,



rupa-rupanya bersama seseorang dengannya..



Tersipu malu sidara dan teruna,


kerana maknya teruna nak ikut sama,



Ingin menjaga batas agama,



agar tidak disentuh dosa...


p/s: So kpd para pakwe dan makwe..jgn suka sgt nak berdating,..ajak teman2 bersama supaya syaitan tak menulakan langkah durjananya...hehehe ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.4

KEBAIKAN


Hancur sungguh hati ini....

Tika kejahatan mengusik diri menghasut hati,

hingga datangnya kebaikan itu menyelamatkan diri ini..

Kebaikan itu cukup sempurna melindungi..

Namun tiada keizinan hati ini terus mendakapi..

Hanya menghadiahkan  kenangan...

Agar diri kan terus kejalan tuhan..

Agar kejahatan itu terus menjauhi..


Kebaikan itu,..

sungguh benar nyata sempurna...

Jiwa hati dan perasaan mencurah tangis...

Memandang kemungkinan itu tiada..

Maka hasrat jua tiada..


Terlantar sepi berlapik kenangan..

Jiwa dan hati terus diulit kenangan..

Kenangan yang hadir membawa bimbingan..


Sedang dalam kesepianbitu mengundang menadah harap..

Keyakinan menalu bersama kejutan..

Deruan terjahan nyata menyedarkan...

kenangan itu sungguh menenangkan...

Bagai berdetak jiwa dan raga..

Jua kesedaran menyapa...

Membisik menerjah melepasi kebaikan..

Kerna cukuplah sekadar kenangannya yang dipimpin...

Kerna kebaikan itu pinjaman tuhan..


Kebaikan,..

atas kenangan dan lafaz doa..kenangan kan selalu sejati..

Bersama diri nan sepi..

Demi kasihnya melepaskan pergi...

Demi tuhan yang mengizinkan..

Pergilah...

kebaikan kan selalu kejal dlm kenangan..


Published with Blogger-droid v2.0.4

NAIF


Itu kata yang menyifatkan diri ini..

Masih di takuk sifat itu..

Membiar ruangan simpang terbuka..

Tanpa melakukan apa-apa demi sebuah perubahan...

Inginkan kebahagiaan itu datang merujuk..

Namun simpati tiada pernah peluangkan diri...

Bersama titisan airmata suram..

Tenggelam akan emosi...

Dalam esakan dan desakan..

Pinta kan terus mengabdi diri...

Bukalah...

Bukakan pintu hati..

Agar suaranya beralun pilu..

Mengalunkan rasa nyilu yang silu...

Menggetar rasa menyisih kata..

Tiada helaan lepasan hembusan..

Dalam kemarau suara bernada..

Hanya esakan berairmata..

Memimpin diri berundur pergi..

Published with Blogger-droid v2.0.4

MAAFKAN AKU


Maafkan diri meluah rasa cinta..

Sedang cinta itu entah mungkin tidak ku punya..

Dalam lafaz membait kata..

Aku sedar serasa makna..

Luahanku adalah suara hati..

Tiada desakan melibat emosi..

Ia setenang lahir dari nurani..simpulan keikhlasan zahirnya diri..

Kasih ini...

Tiada mampu ku lemparkan..

Kerana keindahannya adalah kekuatan...

Yang selalu menemani perasaan..

Dalam episod mencipta kenangan..

Maafkan sekali lagi..

Salam akhirku ucap kali ini..

Tiada mendesak membawa diri..

Sesungguhnya..

Keterbukaan pintu hati ini mengizinkan kasih sayang itu..

Dalam mendambakan asyikan nan syahdu..

Bersama mengiringi ia berlalu..

Melepas tangis dibuai sendu..

Di hujung pengakhiran cerita sendu..

Kebahagiaan kan menanti menemani hidupku..

Published with Blogger-droid v2.0.4

BLA BLA BLA

Dalam perjalanan ditempuhi.. Kegilaan datang menempuh tabir hati...

Mengesong akan pandangan jiwa.. Mengarah urus pada pandangan.. Bla bla bla....

N bla bla bla

Then bla bla bla

lagi Bla bla

lagi lagi bla bla Bla bla not finish.. Asik dok bla bla..

Bla ah baik aku blah...

hehehe Hilang mood la pulak..sorry...^_^


Published with Blogger-droid v2.0.4

LELAKI ITU


Dalam kesamaran bayangan itu diperlihatkan..

Kelihatan susuk seorang insan..

Melewati titian hujung jalanan..

Menuju perhentian perlahan-lahan..

Masih dalam mencapai haluan..

Selama cahaya bergemerlapan..

Masih diruang harapan..

Dalam mengorak menghala kedepan..

Hadir bersama kuntum senyuman..

Hey awak lelaki tampan..

Membawa sinaran tadahan kemaraan..

Lembar menjadi sirna kehidupan..

Dalam mengabdi diri pada tuhan...

Terima kasih lelaki tampan,..

dalam sipi senyuman,

Bahagia menemukan kemanisan..

Dalam ketenangan...

Bersama selingkar kasih dicitakan..

Buat insan sungguh kasihan..

Demi secebis harapan...

Published with Blogger-droid v2.0.4

JIWAKU HATINYA DAN LUAHAN RASA


Tika terpanah tusukan renung menusuk dalam nan yang terdalam,
tiada bisikan kalimah terucap akan bibir yang menguntum persoalan
Masih tegakkan diri dalam meratap telus renung
Detik menggelitis bicara bersama,
sedang jiwa dan hati terus bersama membisik
Apakah sisipan rasa nan gelora terus membadai..

Makin bergelora,badai terus membadai
Kelam ingin memluah detik tiba,
namun sipu nan semalu menyemarak keadaan nan terdiam..

Bait zahirrnya deretan rasa itu menyinggah ucap
Mentadbir keluan yang menempa jasa  
Maka jadinya ia serasa jiwa nan berdetak
Ketika cinta mulai bergelodak,
dalam kerak nun jauh didasarnya
di dasar hati..
Dan hati itu adalah hati aku..


SAYANG

sayang..

Semakin hampir rasa sayang itu,semakin hampir jua resah yang mengganggu..

mahu ku lepaskan kegelisahan, namun dada ini enggan melepaskan detak ini pergi..

makin kencang detak berdetub, makin terpana rasa yang terus dibuai-buai...

perasaan itu tertawa akan terliuknya jiwa yang gemersik.. sayangkah itu,..?

mungkinkah ia...

terima saja..
Published with Blogger-droid v2.0.4

HUJAN TANGISAN


Pagi ini hujan lebat
tiada sempatkan embun menimbuni bumi
hingga lewat mendung kelabu memberat menakung titisan zarah sedingin salju
tiada terlihatkan kunjungan hujan yg mencurah
namun kelihatan di suatu sudut akan kehebatan hujan yang maha lebat
sungguh ia mencurahi ruangan di tepian datar
terus mencurah membasahi membanjiri
esakan mahupun guruhan melampir detakan gelora..
kini,
walau malam menjelma didalam kepekatan kelam kini
hujan masih luruh bersama tetapan lebatnya
terus menerus hingga tiada lagi takungan menahankan
mencurah ia serata pelusukan meluas
inilah saat malam paling kelam
paling lebat hujannya,
bersama guruh tanpa ribut yang terpanggil
biarlah...
biarkan ia
nantikan henti menanti surut
ia pasti kan berakhir..


Monday, January 30, 2012

TELEKU DALAM QIAM


Dalam kelewatan memijak lantai bentangan sejadah..

masih terdengar akan laungan alunan menakjub mata hati..

jiwa berdetap tetap menahan serasa..

dalam terkaku melihat alirnya titisan mengalir..

basahan itu...

basahan wudhu' melingkari ketabahan dalam pengabdian menguasai jiwa...

tiada lengah akan tujuan yg disegerakan..

sentuhan sujud ketulusan luluhan hati dan jiwa...

dalam kesedaran menetapi serahan segala..

Jangankan andai hati itu bercelaru akan kedetakan dosa...

depaan lepasan dosa nan membadai jiwa...

selama kiam masih lagi terdiam..

bersama harapan hadapan maha kuasa..

susul akan deruan titisan bak embun mutiara..

lepaskanlah...

didalam mendayu nan merayu..sayu lah sayupan yang terus menderu..

kan tiada noda itu di cerna hakis..

tinggalan sipi-sipi rona malap bernoda..

masih kikisan itu terus menghakis hingga ke perhentian noktah..

hingga dihujungnya kelihatan kedamaian takjuban perasaan..

pergilah...

bukan diri yang terteleku...

ia adalah jiwa terperginya noda tepuan..

pergilah..

tercapaikan hasrat nan membara di muara jiwa..

masih tersedia pintu kekukuhan..

bersamkan kekal abadi..

nun jauh di hati..

sematkan selamat itu..

dalam mencari cinta nan hakiki..Alhamdulillah..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 26, 2012

MAAFKAN AKU


M A AF K A N K U <3<3<3

Maafkan diri meluah rasa cinta..

Sedang cinta itu entah mungkin tidak ku punya..

Dalam lafaz membait kata..

Aku sedar serasa makna..

Luahanku adalah suara hati..

Tiada desakan melibat emosi..

Ia setenang lahir dari nurani..simpulan keikhlasan zahirnya diri..

Kasih ini...

Tiada mampu ku lemparkan..

Kerana keindahannya adalah kekuatan...

Yang selalu menemani perasaan..

Dalam episod mencipta kenangan..

Maafkan sekali lagi..

Salam akhirku ucap kali ini..

Tiada mendesak membawa diri..

Sesungguhnya..

Keterbukaan pintu hati ini mengizinkan kasih sayang itu..

Dalam mendambakan asyikan nan syahdu..

Bersama mengiringi ia berlalu..

Melepas tangis dibuai sendu..

Di hujung pengakhiran cerita sendu..

Kebahagiaan kan menanti menemani hidupku...

Published with Blogger-droid v2.0.4

KEBAIKAN DAN KENANGAN


Hancur sungguh hati ini....

Tika kejahatan mengusik diri menghasut hati,

kebaikan itu datang menyelamatkan diri ini..

Kebaikan itu cukup sempurna melindungi..

Namun tiada keizinan hati ini terus mendakapi kebaikan..

Hanya menghadiahkan  kenangan...

Agar diri kan terus kejalan tuhan..

Agar kejahatan itu terus menjauhi..

Kebaikan itu,..

sungguh benar nyata sempurna...

Jiwa hati dan perasaan mencurah tangis...

Memandang kemungkinan itu tiada..

Maka hasrat jua tiada..

Terlantar sepi berlapik kenangan..

Jiwa dan hati terus diulit kenangan..

Kenangan yang hadir membawa bimbingan..

Sedang dalam kesepianbitu mengundang menadah harap..

Keyakinan menalu bersama kejutan..

Deruan terjahan nyata menyedarkan...

kenangan itu sungguh menenangkan...

Bagai berdetak jiwa dan raga..

Jua kesedaran menyapa...

Membisik menerjah melepasi kebaikan..

Kerna cukuplah sekadar kenangannya yang dipimpin...

Kerna kebaikan itu pinjaman tuhan..

Kebaikan,..

atas kenangan dan lafaz doa..kenangan kan selalu sejati..

Bersama diri nan sepi..

Demi kasihnya melepaskan pergi...

Demi tuhan yang mengizinkan..

Pergilah...

kebaikan kan selalu kejal dlm kenangan..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, January 25, 2012

KASIHAN

Dalam kesuraman cahaya menyinari malam nan malap.. Kedamaian pergi meninggal keresahan nan gelisah.. Kelihatan... Susuk itu menanti disudut pinggiran.. Getar dalam ketakutan tika debar terus gegar akan rasa..siulan esakan menakluki ruang legar... Terpana emosi menyentuh sanubari.. Terdengar gegaran getaran rentak.. Langkah tangkas kasaran menyinsing.. Mengadap tangisan nan berdarah.. Sedang susuk terus didakap kehebatan ngeri..
Terusan tusukan terus menusuk.. Debikan terus menerus mendebik.. Dalam pekikan terus terpekik.. Memanggil empati terus tertarik.. Masih terusan kesakitan itu menemani.. Walau tusukan bedikan itu terhenti di perhentian.. Susuk itu... Terjelepuk ke tanah.. Mengerang terus mengharap simpati.. Dalam kelam malam tiada berteman.. Walau langkah itu terus menghilang.. Bersama derupan bunyian melangkah.. Wahai susuk wajah... Kudrat itu masih mengharap kekuatan.. Diri kukuh terus mengukuh.. Agar mampu berdiri semula.. Mencarilah akan semangat tercipta.. Sedalam nafas hela panjangnya.. Bersama tabah mengiring kekuatan.. Menempuh episod esakan debikan.. Teguh akan pendirian.. Agar esok masih terus menanti ada.. Menyelimuti ketabahan bersama wajah.. Mengabur pandang getar gegar.. Bersama kenangan nan semalam.. Kan terdaya terus berdaya.. Mempuhi alam baru...

HAJAT BERKIAS


Hari ini dara sungguh gembira,

Mendapat panggilan dari sidia,

mengajak keluar bersama-sama,

berjalan-jalan ditaman bunga,

sambil bernyanyi berdandan suka,

Aduhai hati berbunga-bunga,

menari-nari sambil tertawa,

teringat hai sidia yang dipuja,

Sambil menanti duduk di tangga,

termangu berangan sementara sidia tiba,

senyuman dibibir tak lekang ketawa,

Menari juga dua kali lima,

terjoget-joget goyang bersama,

berjam-jam menanti sidia tak tiba,

hati tetiba resah gundah entah kenapa,

sebak mulai terasa didada,

Apakah sidia mulai lupa,

dalam gelisah serabutnya rupa,

Akhirnya tiba juga kelibat sidia,

kelihatannya seperti berdua,

rupa-rupanya bersama seseorang dengannya..

Tersipu malu sidara dan teruna,

kerana maknya teruna nak ikut sama,

Ingin menjaga batas agama,

agar tidak disentuh dosa...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, January 24, 2012

SELAMAT MALAM


Selamat malam,
Tidur dalam dakapan pelukan lembut. 
Bantalan peneman buaian salju remang
Getar dingin menyentuh debar gigil
Teguh tiada kekuat saat lemah menyapa
Selimutkan,
Agar getar terhenti
Tiada kejut akan lena dibuai mimpi
Terusan mimpi bersatu dibuai syahdu
Indah bintang gemerlapan
Meneman sepanjang malam
Malam ini,
Pejamkan mata yang di kunjung lelap
Kan berentak tidur sama
Bias berdakapan didalam kelam
Tidurlah..
Damai nyata dibawa bersama
Namun datang saat siang nanti
Perlahan siang kan memulau kelam
Membawa indah esok nan berwajah
Memula episod suka duka
Wahai malam,
Siang kan sedang menanti
Dalam sedang siang melingkari
Menggapai cahaya bersama terang
Lena kan terus dalam malam
Saat terusan membuai tenang
Tidurlah...
Selamat malam....

Monday, January 23, 2012

SESEMPURNA CINTANYA


Cintanya terlalu sempurna untukku,
tidak sesempurna aku untuknya
pandangan aku untuknya sungguh bak mutiara diibaratkan
namun tiada pernah aku mengharap akan pandangan indahnya untukku

Hatiku menginginkannya,
namun tiada pernah sedar akan perasaanya
terhadap aku
kerana,
pandangan sempurnanya mengaburi kesempurnaanku
aku terjatuh rebah
bagai nyawa dipulangkan
merasai ketulusan serta kesabarannya tak mungkin menjadi milikku..
inginkan cintanya yang tulus itu,
namun kewujudan diri tidak memungkinkan
memiliki hatinya bagai memiliki muatiara didasar lautan
tiada kepastian yang memungkinkan akan keindahannya itu milikku
masih berharap didalam tiada kepastian
tetap menanti cinta sempurna itu menjadi milikku
cintanya itu adalah yang terindah
tiada kata-kata mewakil bait rasa,
kerana ia hadir dari hati
hatinya,
yang tulus dan suci
sungguh murni pandangan mata hati
indah menusuk qalbuku
namun aku pasti,
suatu pengorbanan kan mengundang
dariku,demi dirinya
demi kebahagiaan dan cintanya
mekar sentiasa dihatiku
walau aku kan tiada pernah menjadi miliknya
buat hatiku juga cintanya...

Published with Blogger-droid v2.0.3

SUNGGUH AWAK MASKULIN




Bicara hati ini,

Tiada terucapkan lafaz yang bersembunyi..

Sedang kata-kata ini berdetap memujuk meluahkan tanpa emosi.. Kata hati ini,..

AWAK sungguh bistari..

Dalam perlihat akan personaliti.. Juga karisma diri..

Punya sentuhan lelaki sejati..Memperindah senyuman bersama seri...

Bagai kiriman Allah maha Esa, Terlahirlah kebaikan segala jasa.. Tiada pernah kan terluah akan kata-kata..

Melihat dirimu yang punya rasa..

Kata peransangmu menjitu semangatku..

Tika hati dibuai sendu..

Terjahnya katamu menguntum senyumku..

Lirik bait itu buatku terpaku..Sentuhan bicara menenangkanku..

Izinkan hati berbicara..

Izinkan mata ini memandang.. Izinkan rasa ini berbicara..

Dalam kau mengirimkan ketenangan,..

Izinkan aku membaitkan kata..

KAU SUNGGUH MASKULIN..

AWAKLAH ITU..

LELAKI MASKULIN ITU...^_^ 

Published with Blogger-droid v2.0.3

KACA HATIKU


Kaca ini..

Hanya kekaburan dari keindahan.. Tersembunyi dari pandangan nan melihat..

Tidak kan pernah menyerlah akan keistimewaan yang memukau..

Tiada banding akan sebuah kaca nan pudar bersama kilauan permata yang memancar..

Keretakan menghiasi segenap pelusuk wajah...

Tiada kan pernah dihiasi kilauan bak mentari..

Mengharap menanti suatu pengharapan..

Dalam memula mendakap cahaya.. Agar kekuatan kan dikurnai pancaran..

Antara perhiasan dan tinggalan.. Tiada kewujudan dalam menikmati kesan..

Kerna...

Keretakan sentiasa menjadi peneman..

Mengoles calar penuh debu..

Tiada daya menyentuh keindahan...

Kaca ini...

Hanya tinggalan..

Tinggalan kenangan tiada memerlukan..

Andai punya penghujung sempadan bak cerunan terbiar,..

Pastinya ruangan itu tempatnya buat kaca..

Sedang permata masih kekal bersinar di persinggahannya..

Telah tersurat kaca itu pudar.. Namun masih mampu menghadiah akan pantulan cahaya harapan... Masih punya harga dipersoalkan.. Walau ia tiada penghargaan..

Andai kaca itu pilihan dalam membina harapan,..

Tiada kepastian dalam mencipta kesempurnaan,..

Permata kan sedia diizinkan menjadi pengganti sebuah pengharapan..

KACA ITU KAN SELALU BERADA DALAM KENANGAN..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday, January 22, 2012

WARNA KEBAHAGIAAN

Dalam pandangan yang melihat tawanya,.. terbentuk berkuntuman kebahagiaan bersuara,.. renungan menerpa arah pandangan menuju.. kelihatan kegembiraan itu melontar akan ketakjuban indah,.. dalam melayani segala keindahan dicipta,.. dia,.. dia itu yang melantun rasa indahnya dalam melayani kerenah kekalutan,.. masih memperlihatkan wajah yang suci,.. indah menerpah di seluruh pelusuk wajah,.. wajah dia itu,sungguh indah,.. sifatnya,.. sifatnya meruntun sedalamya qalbu yang memikat,.. terpesona memukau pandangan dalam melantun cahaya.. berbunga kebahaiaan itu dalam hadirnya menerpa,. mengajak hati melantun duka pergi,.. indahnya,.. indahnya dia dan sifat diciptakan buatnya,.. meminta bersama menyertai merasai indah miliknya,.. atas nama kebahagiaan dan kegembiraan,.. dalam melayari hidup sebuah kepedihan menjadi kelam,.. terpadamlah akan kekusutan juga keperitan di tenggelam kenangan. terimalah,.. terimalah akan kasih yang tercipta,.. melewati siang dan melam nan terindah,.. di siang penuh tawa nan terindah akan dunia nyata,.. di malam mu di perindah mimpi-mimpi nan syahdu,.. terurai akan dodoian yang mengalunkan... SELAMAT MALAM buat penenang belaian,.. bersama puisi indah nan mendayu,..
dengarkanlah,... dengarkanlah puisi ini,.. yang teralun sempurna buatmu,.. bertahankanlah mata itu untukku,.. kerna aku ada sesuatu untukmu,.. sesuatu yang pasti menenangkan mengiringi mimpi-mimpi mu,.. dalam tidur yang sentiasa lena ditemani sunyi,.. awak,.. awak yang terindah dikirimkan olehNYA,.. dalam menempuhi jalanan suram penuh kelam,. awak adalah cahaya menerangi hati dan jiwa nan sepi,.. tiada luahan mampu melafaz bait ciptaan,... ia hadir dari dalam,.. dalam hatiku...untukmu...

SELAMAT MALAM

Malam ini adalah malam kaum cina makan besar.Memandangkan saya ni x dapat pulang ke kampung meraikan Tahun Baru Cina Bersama keluarga di kampung,sy bawa anak-anak makan diluar bersama..


Walau terasa sepi melanda dalam hidup ini,anak-anak penceria segala bagai..Namun sebenarnya didalan kesepian itu sy tidak berseorangan..Ada seseorang menemani dari jauh...

Yang sentiasa ambil berat tentang aku..


Seorang yang sangat istimewa..

Meluangkan masa walau berjauhan..

Jadi tiada kesunyian ketika kesedihan mwngundang..kerana kusambut perayaan dgn penuh ceria..Cumanya hari ini sungguh berbeza..

Terasa sungguh bahagia dengan

hadirnya dia,

sungguh membahagiakan...

Hingga terdorong aku untuk menghadiahkan sebuah puisi ringkas dan lagu 'selamat malam' khas buatnya...


MOGA MALAM INI ADALAH MALAM TERINDAH DARI SEBELUMNYA...

SYUKUR ALHAMDULILLAH...


Published with Blogger-droid v2.0.3

KE JALAN MARDHOTILLAH


Dalam mengingatkan ujian dan kurniaan Allah, pasti ada tangisan tentang terciptanya sebuah manuskrip yg Allah ciptakan khas buat diri...

Tidak ingin melakonkan watak penuh penderitaan itu namun diri tetap menerima dan sambut sebagai suatu cabaran..

Kelihatannya risiko yang tersusun di sepanjang jalan cerita tapi tetap jua di sambut,walaupun di sepanjang jalan dititian perjalanan itu sering dirempuh hujan ribut nan kabut...

Sekali sekala terlihat akan cahaya samar dikiri dan kanan,namun masih tidak dapatku capai agar dapat dijadikan cahaya penunjuk jalan..

Masih tetap diatas kesabaran yang tiada sebarang bantuan keteguhan yg tersedia,

Diri tetap eratkan pelukan demi mengumpul mengaut kekuatan pencetus jiwa..

Masih dalam perjalan menyusuri kesuraman,

terpaku diri melihat cahaya nan terang menyinari sudut menghampirinya pengakhiran yg masih jauh..

Melangkah menuju arahnya,namun gelora pula membadai rasa...

Dalam kepayahan menolak badai,terlihat cahaya itu menghampiri...

Ia bagai dihantar untuk diri..

Sedang dalam menggapai harapan sirna,
cahaya itu memeluk menyorong ke arah ketenangan..

Badai berlalu bersama gelora keributan...

Namun diri masih di persimpangan perhatian..

Masih meninjau titian perjalanan,diri terdorong kearah kekuatan nurani meyakini diri...

Sepanjang perjalanan itu semangat diri ditemani kalimah Allah...

Terkadang laluan itu menyimpangkan namun terasa seperti suatu pimpinan itu lembut menimpin..Tanpa kelihatan keindahannya,diri terus dan terus dipimpin..

Masih lagi dipimpin...

Moga pimpinan ini membawa petunjuk ke arah syurgawi..

Insya Allah...moga kan selalu ada jalan dalam membimbing ke jalan Allah...

Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday, January 21, 2012

LUAHAN RASA


Malam dingin nan sepi tika mata berkelopak akan cahaya kejernihan, tergugurnya titisan sendu yang mendayu..

Tiada tertahan hati itu menanggung rasa sedunya..

Terluahnya memori kenangan nan semalam dalam menyusun imbas saat terciptanya kekuatan dalam menempuhi ranjau onak dan duri.. Tika terhamburnya kata meluah segala,hati dan jiwa terkurangkan bebanan..

Melapang akan kekusutan fikiran.. Melepas emosi penuh duka, Sungguh,..

Terlukis mata yang memandang memaksudkan pandangan kearah tangisan yg bersendu itu bersama semangat..

Semangat memulihkan hati juga jiwa...

Ia hadir bersama ketenangan..terima kasih..

Menghampiri hampirnya empat jam itu diiringi masa yang terluang... Sungguh mendamaikan bicara pendengar,..

Menenang hati dan perasaan yang meluah..

Dalam ketenangan itu membuai kata,tangan ini melakarkan mata..

Tiada sangka juga tiada terduga.. Lihatlah mata itu,..

Ia adalah emosiku tika inspirasiku leka berbicara..

Ketenangan dalam lakaran itu memperlihatkan wajahnya..

Andai mampu ia menitis gugusan mutiara,pastinya ianya tangisan batin yg sedang melihat pelukisnya sedang meluahkan emosi...

Emosi dalam episod duka..

Selamanya...

Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday, January 18, 2012

DAMAI HATI

Tiadakan keindahan mutiara tanpa cahaya menerangi hati.. Tiadakan lembahan emas bahasa andai jiwa itu dirasakan sepi... Tiada akan titisan airmata itu andai hati,jiwa dan rohani itu tiada di genggaman perasaan... Kejarkan rangkaian kecintaan ciptaanNYA itu.... Kesyukuran kan sentiasa tersemat... Menjadi jati hidup ini... Sungguh Allah itu maha Hebat...
Bicara illahi keindahan nan tiada terucapkan,mnedamaikan hati,memahami jiwa,kehebatan kurniaan Allah dalam pemberianNYA... Disemat,disimpul menjadi indah dan diluahkan melalui kata yg diluahkan dari hati dan perasaan itu... Bagaikan tika saat ku mengalunkan kalimah Qur'anul Karim,ku perindahkan lafaz dengan bunyian indah... Meluahkan rasa kecintaanku padanya..tafsirnya,.. Kuilhamkan bagai pedoman penunjuk arah... Ku agungkan rasa cintaku padaNYA melalui arus dayaku selain ibadahku... Ceritanya bagai dilihat hampirnya pada maksud sudut piggiran, Namun kata benarnya jelas kaitnya pada hadirnya insan di muka dunia.. Kehadirannya kejadian insani demi Allah pencipta hati dan jiwa.. Hingga nyawa ini di pulangkan... Selingkan bersama muhasabah yang menyedarkan akan keESAan Tuhan.. Itu adalah maksudku dalam menghampar kata...

Friday, January 13, 2012

PENYATUAN HATI


Berdiri diri menguntum mekarnya senyuman..

Dihati berdetak bergegar rasa..

Perasaan campuran rindu dan kasih sayang..

Keayuan menyeri wajah..

Dalam fikiran di pemandangan perhatian..

Leka akan kecantikan yg teroles..

Mengukir setiap keajaiban..

Keajaiban tika mencipta cinta..

Membawa bersama kegembiraan dan kenangan..

Kemanisan yang memaut pandangan..

Pandangan mata hati disudut mata yang bertentangan..

Hadirlah huluran ketulusan yang menggenggami keasyikan yang mengiring kasih sayang..

Memintal menjadi simpulan yang mengekalkan..

Hingga kehujung sempadan yang memisahkan..

Membentukan sebuah kebahagiaan..

Diantara hatiku dan hatimu...

Hadir sebuah kecintaan penuh tersirat..

Jauh didalam benak perasaan..

Mengukir kembali segala bagai corak bercita cinta..

Memeluk rasa ini...

Kebahgiaan yang tiada terluahkan..

Cintanya dan cintaku..

Diakhir sebuah episod pecinta dan penantian..

Disemat memori dan perasaan keindahan..

Mengikat jiwa juga hati yang mengulit mimpi dan bisikan..

Yang menyertai iringan PERKAHWINAN...^_^

Published with Blogger-droid v2.0.3

CINTA YANG TIADA

Aku mencari..

hembus bayu..

yang selalu menyisir pilu..

Ungkapan menyentuh hati ini...

hidup tanpa segalanya...

Kosong tanpa bahagia...

Hanya cinta entah tidak ku punya... Namun, ..

susun aturmu pada harapan meninggalkan dusta...

Bersama serpihan duka..

Tidak mampu bibir ini tuk mengungkapkan kata..

Hanyalah mampu meluahkan rasa.. Biarkanlah ia berlalu...

Bersama debu yg ditiup bayu..

Agar mampu ku teruskan semuanya.. Sekali lagi...


Published with Blogger-droid v2.0.3

BIDADARI

Helaian mahkota yang menyisir memperlihat keayuan bidadari yang bernama.. Apakah nama itu punya keserasian pandangan mahkota yang mengindah keayuan dan kesucian.. Sedang baris susunan keindahan itu terlihatkan terusan tersirat yang tersembunyi... Tangan menggapai helaian kekaburan yang menutupi,.. menyelak pandangan tiada bertepi.. Agar keindahan itu diperlihatkan sanubari.. Terpaku pandangan pafa sisiran yang di hembus anginan.. Sungguh berdetak hati ketika ketakjuban menari di benak fikiran.. Terlihat akan keindahan.. Yang segera menggegam perasaan.. Bersama kuntuman semekar senyuman...


Published with Blogger-droid v2.0.3

PENANTIAN SEBUAH PERCINTAAN

Ketika gengaman terurai.. Maka terlihat akan cinta yang terburai.. Meneluak pandangan disambut.. Tidak terbentak difikiran ketika hati ditepis kasih.. Tiada terluahkan hiris yang tersemat.. Namun bait telah terkelumat meluah rasa... Menyata akan kebenaran ternyatanya rasa sayang.. Tiadalah hati itu meminggirkan kata sendu.. Dalam erti kepayahan meraup erti luahan.. Pandangan itu... Pandangan itu yang tenggelam didalam suram.. Suram bak kegelapan pekatan malam... Bagai tiada mentari kan menanti di ufuk timur.. Kegelisahan merangkul semula hati yang menagih.. Cinta,kasih dan sayang ingin beraja...bertakhta dihati yang penuh jalur kenaifan.. Kepayahan tiada menolah andai kedetakan sering membukti akan kecintaan.. Keterimaan dalam pintu hati yang tersedia terbuka.. Agar kasih sayang itu kan terus bermaharaja lela.. Demi sebuah penantian dalam percintaan...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 6, 2012

MENCINTAI ALLAH


Kau sungguh mencintai aku seadanya,..
Tapi aku mahu kau mencintai Allah sepenuh jiwa dan raga,..
Lebih dari kau mencintaiku,...

Kau sungguh mengambil berat tentangku selalunya,..
Tapi aku ingin kau lebih kisahkan tentang keindahan tuhan dan kurnianya,...
Lebih dari kau kisahkan aku,...

Aku mahu kau mencintai aku kerana Allah,..
Kerana aku ingin mahu kau tahu cinta yang hadirnya itu adalah
kurniaan darinya,...
Dan aku ingin kau merasai kasih sayangnya Allah yang menyayangimu lebih dari segalanya,...
Dan ketika kau sedang merasainya,..
Jangan pernah berhenti dari menunaikan perintah Allah tanda kasihmu padaNYA juga,...
Kehilangan aku tidak akan menjadi sesakit kehilangan cinta Allah yg
hakiki,...

Makanya kumohon padamu wahai sang pecinta,..
Kasihkanlah Allah terdahulu sebelum kau kasihkan aku,..
Semoga kan tersedia tempat untukmu disyurga nanti,...
Aminnn....

ALPA KAH?

Kerna kealpaan sering bertamu tanpa sesiapa menyedarinya melainkan kepada mereka yang membukakan matahati mereka sendiri kepada yang maha ESA..Benarnya jika ada kesungguhan,ketetapan iman itu mengatasi kealpaan itu sendiri..ia lahir dari jiwa insan yang sentiasa sedia ingin menjadi yang terbaik disisi Allah...

Monday, January 2, 2012

PABILA BOSAN MENEMANI

Kebosanan membebani fikiran ini,..

Jauh melayang terawang~awangan bagai bermimpi,..

Wujudnya hasutan syaitan dilaknati,..

Mula merosakkan fikiran menghancuri diri,..

Kelekaan mengusik peribadi,..

Menyentuh dosa memusnahkan jati,..

Membelenggu diantara kasihnya Illahi,...


Bagai dihasut syaitan tanpa henti,..

jiwa kacau bosan pun menunggangi,..

Diri mengizin kemaksiatan mengiringi,..

Terlupa akan siapakah sebenarnya diri,...


Sedarlah bersihkan segera hati,..

Curahi diri bersama wudhu' yang menyuci,...

Menunaikan solat mengadap Allah yang hakiki,..Mohon petunjuk bermuhasabah diri..

Agar cintanya kan selalu kekal dihati...Aminn...


Published with Blogger-droid v2.0.2

KAWAN KU

KAWANKU


Kawan,..

menjadi bahagian hidupmu dalam menempuhi ranjau onak dan duri menepis ombak badai yang menyinggah kala ribut menderu bersama kelam malam yang menyuram cahaya...

Tiada tanganmu itu menggapai harapan dipertolongkan walau kesesakan nafas itu menghela perlahan bersama tangisan menangisi kerobekan jiwa diterjah penderitaan yang tiada keizinan untuknya beradu di dalam dirimu itu...

Hulurkan ruangan yang dalam itu agar aku dapat menyentuhnya bersama cahaya pelangi yang tercipta dan dikirimkan buatmu...

Daripada aku...

Kegersangan terusan sungai yang mengalirnya kenikmatan tiada hentinya itu didalam memberi keasyikkan yang menyemai perasaan penuh kesyukuran pada dirimu yang tiada pernah mengungkitkan kata nista selembar duri menusuk jiwa...

Masih lagi menetap kekal harapan illahi agar dirimu disentuh keajaiban tanpa sangkaan fikiran yang bersembunyi dibalik perasaan ...

Ceritamu ceritaku jua...

Sakitmu sakitku jua..

Tangismu adalah tangisku jua...

Hatimu tidakkan ku biarkan lemas disangkar berduri...

Aku kan turut merasai kesakitan itu...

Sahabat...

Kita adalah sahabat...

Kau nun jauh disana bersama keindahanmu..

Aku disini bersama ciptaan disini...

Namun persoalan bukan ruang menjauhi kasih sayang mewarnai persahabatan ini yang ku kirimkan penuh kasih sayang bersama pelangi~pelangi indah..

Seindah senyum tawamu..

Semanis semekar hatiku...

Engkaulah wahai kawanku..

Susahmu senangku..

Kita adalah kawan...

kawan sejati...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 1, 2012

KEDAMAIAN INI

Bawah pepohonan kelapa aku duduk sambil memandang disekeliling bersama sepoi anginan membayu memukul perlahan mengindah kedamaian yang menyentuh...
Nyaman itu memukau...
Bersama keserian cahaya pagi...
Memandang kepada kenikmatan itu...
Membuai rasa kesyahduan..
Ahh.....sungguh indah sekali suasana ini tiada di samakan dengan yang lain..
Masa ini berlalu begitu pantas mencemburui tika diri mengulit mendamai rasa...
Keindahan ini memanggil~manggil menyertai beralun bersama bunyian ombak dibawah ruangan lenaku...Bunyi deruan kerap kali membuat senyuman dan mimpi ini bagai tiada pernah rasa kesedihan yang pernah wujud dalam perasaan...
Tiada kedengaran lagu didendang namun terasa aku bagai menari di pementasan ditengah tropika indah...
Bunyian haiwan mengindahkan keasyikan yang subgguh melekakan...
Tersenyum lagi...
Bersendirian bersama angin yang menyentuh diri..
Berjanji kan bersama lagi dengan kedamaian ini..
Yang membuatkanku melupakan keresahan yang selama ini membungkam perasaan..dan kesedihan..
Terima kasih Tuhan...
Mendamaikan jiwa ini...
Mengasyikkan hati ini...
Dalam mimpi~mimpimu...
Walau ia hanyalah sementara..
Namun cukup mendamaikan rasa..
Melupakan sengsara...<3<3<3<3<3<3<3<3<3