Ku ukirkan bait lirikan coretan dan mengukirkan menjadi bunga pujangga.. Ia hiasa hati ini yang selalu menjadi peneman luahan rasa yang beralun bersama.. Dalamnya sirat dilontar halus.. memperdengar akan alunan bicara.. inilah bicara hatiku..kau dengarkanlah..
Friday, January 6, 2012
MENCINTAI ALLAH
Kau sungguh mencintai aku seadanya,..
Tapi aku mahu kau mencintai Allah sepenuh jiwa dan raga,..
Lebih dari kau mencintaiku,...
Kau sungguh mengambil berat tentangku selalunya,..
Tapi aku ingin kau lebih kisahkan tentang keindahan tuhan dan kurnianya,...
Lebih dari kau kisahkan aku,...
Aku mahu kau mencintai aku kerana Allah,..
Kerana aku ingin mahu kau tahu cinta yang hadirnya itu adalah
kurniaan darinya,...
Dan aku ingin kau merasai kasih sayangnya Allah yang menyayangimu lebih dari segalanya,...
Dan ketika kau sedang merasainya,..
Jangan pernah berhenti dari menunaikan perintah Allah tanda kasihmu padaNYA juga,...
Kehilangan aku tidak akan menjadi sesakit kehilangan cinta Allah yg
hakiki,...
Makanya kumohon padamu wahai sang pecinta,..
Kasihkanlah Allah terdahulu sebelum kau kasihkan aku,..
Semoga kan tersedia tempat untukmu disyurga nanti,...
Aminnn....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment