Tuesday, January 31, 2012

MAAFKAN AKU


Maafkan diri meluah rasa cinta..

Sedang cinta itu entah mungkin tidak ku punya..

Dalam lafaz membait kata..

Aku sedar serasa makna..

Luahanku adalah suara hati..

Tiada desakan melibat emosi..

Ia setenang lahir dari nurani..simpulan keikhlasan zahirnya diri..

Kasih ini...

Tiada mampu ku lemparkan..

Kerana keindahannya adalah kekuatan...

Yang selalu menemani perasaan..

Dalam episod mencipta kenangan..

Maafkan sekali lagi..

Salam akhirku ucap kali ini..

Tiada mendesak membawa diri..

Sesungguhnya..

Keterbukaan pintu hati ini mengizinkan kasih sayang itu..

Dalam mendambakan asyikan nan syahdu..

Bersama mengiringi ia berlalu..

Melepas tangis dibuai sendu..

Di hujung pengakhiran cerita sendu..

Kebahagiaan kan menanti menemani hidupku..

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment