Wednesday, January 9, 2013

PANDANGAN AKU UNTUK DIA

Merindui dia walaupun dia ada,
namun belum pasti dia untukku..
Dia sungguh membahagiakan,
hingga kini,dia masih mengiringi kebahagiaan,
Ingin takdir ini membawa ke hujung usia,
Namun apakah ia kan berakhir dihujung perhentian harapan?
Dia tiada sesempurna bidadara,
namun dia sempurna pandangan mata hati ini..
keikhlasan serta ketulusannya mengaburi emosi,
Aku kasihkan dia setelah kasihku kepada maha Kurnia,
Dia punya kelemahan,dia juga punya kekurangan..
Dia bukanlah yang terbaik dan dia bukanlah seindah pandangan,
Namun dia adalah pengukir sayang bagiku..
Usai kelemahan menguasai fikiran,
Pengakhirnya detik pasti menjauhkan kasih..
Ya tuhan,aku masih merindui dia..
Walaupun dia ada dan melihat aku disini,
Maafkanku diatas perasaan yang teroles,
Kemampuan diredah tahanan,
Akur akan lumrah didasar lembaran tulisan,
Walau bahagia ini menghitung detikan masa,
kasih ini untuk dia tetap ada..
Kerana aku sayang dia..,

No comments:

Post a Comment